addThis

Friday, January 22, 2021

WAN TAN HOR

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

 

Hari ini tengok 5 RASA. Sempat catch  resepi Wan Tan Hor.  Akak nak kongsikan resepi tu. Sangat senang dimasak dan sesuai untuk sekeluarga.

 

Jom masak untuk keluarga tersayang.

 

 

RESEPI WAN TAN HOR.

 

Bahan-Bahan untuk kuey teow :

Sebungkus kuey teow.

1 sudu kicap manis.

1 sudu kicap pekat

1/2 sudu minyak masak.

 

Cara Masak untuk kuey teow :

1)          Panaskan kuali bersama 1/2 sudu minyak masak.

2)          Kemudian masukkan kuey teow, gaul sekejap.

3)          Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Gaulkan sehingga sekata dengan kuey teow dan goreng kuey teow hingga agak garing.

4)          Kemudian ketepikan sekejap untuk buat kuah.

 

 

Bahan-bahan untuk kuah :

Sedikit minyak masak.

2 ulas bawang putih (dicincang)

Semangkuk isi ayam di potong kecil

1 paket bebola ikan atau fishcake dihiris

1 sudu sos tiram

Sedikit sayur-sayuran (carrot, sawi, brokoli, jagung putik yang dipotong)

1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

1 stok cube ayam

1 biji telur

Air 1 jag kecil

Sedikit garam

 

Cara Masak untuk kuah :

1) Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.

2) Masukkan ayam dan fishcake/bebola ikan. Kacau-kacau sekejap.

3) Masukkan sos tiram biarkan sehingga masak sebentar.

4) Masukkan air 1jag kecil (boleh ikut suka nak kuah banyak mana).

5) Selepas kuah mendidih boleh masukkan sayur-sayuran.

6) Bila sayur-sayuran hampir layu, masukkan stok ayam dan gaul rata

7) Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul.

8) Masukkan telur dan kacau supaya telur hancur. Biarkan kuah mendidih.

9) Akhir sekali bolehlah siram ke atas kuey teow yang sudah digoreng tadi.

 

 

p/s: Jika nak lebih pedas, boleh lah dimakan bersama kicap pedas.

#membawang 
 #periukajaib 
 #nakperiuknoxxa 
 Dapatkan periuk ajaib NOXXA segera, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

No comments:

Post a Comment