Bahan-bahan:
250 gm daging (potong ikut saiz yang disukai)
1 inci halia untuk direbus bersama daging bagi melembutkan daging
2 sudu sedang garam
6 cawan air
Cara-cara buat air rebusan daging.
Daging, garam, hirisan halia dan air dimasukkan dalam inner pot Noxxa PC.
Tutup periuk, letakkan tombol pada PRESSURE.
ON kan plug eletrik.
Guna fungsi SOUP dan cepat-cepat tekan + atau - untuk dapatkan penunjukkan masa 0.20 minit. (ini menjadikan PC di setkan pada 0.20 untuk digunakan dimasa hadapan)
2 saat kemudian penunjuk masa bertukar kepada ON.
Biarkan periuk masak daging hingga tamat.
Setelah penunjukkan masa menunjukkan 0.00. Tukarkan tombol kepada STEAM untuk keluarkan wap. sila hati-hati.
Keluarkan daging dan air e dalam bekas lain. Sejukkan periuk untuk memasak nasi daging.
Bahan-bahan:
6 cawan rebusan daging atau secukupnya (1 cawan beras guna 1 cawan cecair)
1 cawan susu cair
7 cawan beras (boleh guna beras basmathi kalau suka) -basuh dan tos
1 helai daun pandan
1 biji tomato - potong dadu kecil
Garam
Gula
Daun ketumbar (jika suka)
Bahan tumis:
2 sudu besar minyak masak atau minyak sapi
2 sudu besar rempah nasi daging ATAU rempah kurma ADABI - campurkan sedikit air .
1 bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - hiris
Cara-cara:
(1) Panaskan minyak dengan fungsi STIRFRY.
(2) Tumiskan bawang besar, bawang putih, tomato dan rempah kurma@ nasi daging hingga naik bau wangi
(3) Masukkan beras yang dibasuh dan tos, gaul-gaul sekejap.
(3) Masukkan air rebusan daging dan susu cair, (TIPS: jumlah cecair = jumlah beras sebelum dibasuh)
(4) Masukkan daging yang telah direbus tadi, daun pandan, gula dan garam (jika perlu)
(5) Masakkan nasi dengan RICE yang telah disetkan kepada masa 0.07. Pastikan tombol pada PRESSURE.
(6) Setelah nasi masak, keluarkan wap (letakkan tombol pada STEAM).
(7) Taburkan daun ketumbar, jika suka
(8) Hidang bersama air asam.
** bagi yang baru pertama kali guna periuk. cara set RICE kepada 7 minit ialah:
ON periuk. Tekan RICE. Cepat-cepat tekan tanda (-- atau +) hingga penunjuk masa jadi 0.07)
Resepi air asam.
Bahan A: Kisar
Asam jawa
Cili padi
Buah tomato
Belacan - jika suka
Kerisik
Gula
Garam
Bahan B : potong dadu
Buah tomato
Bawang besar
Cili padi - hiris
Cara-cara:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan sesuaikan rasa garam gula dsb.
#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa
Dapatkan segera periuk ajaib , call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.
Dapatkan Periuk HP Noxxa. Penghantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor
No comments:
Post a Comment