Gambar hiasan sahaja |
Bahan-bahan
* Air (ikut keperluan sendiri)
* Tulang lembu 1 kg - 2 kg
* 1 Kiub Lembu (Maggi @ Knor) -optional
* 3 sudu kecil garam
* 1 @ 2 paket sup bunjut sup tulang yang tersedia dengan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala dll. (Mak Siti@ Adabi)
* 3 biji bawang merah dimayang
* 3-5 ulas bawang putih dimayang
* halia sebesar ibujari dimayang
* cili padi hijau dan merah - dihiris nipis
* Daun bawang dan daun sup - dihiris nipis
* Bawang goreng (jika suka)
Cara-cara
1. Tulang lembu dibersihkan dan dimasukkan dalam periuk Noxxa bersama air.
2. Masukkan kiub lembu. garam dan sup bunjut (tanpa rempahnya).
3. Tutup periuk. Pastikan tombol periuk berada pada 'PRESSURE'.
4. Tekan SOUP dan set 30 minit (tekan + atau -). Periuk akan auto ON.
5. Periuk Noxxa akan ambil masa 5 minit sebelum nombor berkurangan.
6. Sementara itu, dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah (dari paket sup bunjut) hingga naik bau. Tutup api dapur.
7. Apabila periuk noxxa berbunyi BIBBIB, keluar wap dengan memusingkan tombol atas tudung ke STEAM (hati-hati semasa buat ni, saya guna sodek utk pusing tombol ni). Wap panas akan keluar sehingga habis.
8. Buka tudung periuk Noxxa, masukkan tumisan. Cukupkan rasa. Jika kurang masin, tambah garam. Jika terlebih masin tambah sedikit gula.
9. Hidang sup tulang. Taburkan hirisan cili padi, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Daging pada tulang sangat lembut dan sedap. Sup terasa air tulang.
CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN
Selamat mencuba.
#bawangjer
#periukajaib
#nakperiuknoxxa
Dapatkan segera periuk ajaib,
call atau wasap Kak Yuz 0164111054
Dapatkan Periuk HP Noxxa. Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor
RAKANIAGA DIPERLUKAN
No comments:
Post a Comment