addThis

Saturday, June 30, 2018

NASI DAGANG KELANTAN EXPRESS 15 MINIT

Nasi Dagang Kelantan (20 minit)


Nasi Dagang Kelantan













Bahan-bahan

*  8 cawan Beras Nasi dagang Kelantan
*  2 cawan Beras wangi
*  Air
*  2 sudu kecil garam untuk masak nasi
*  2 cawan santan pekat
*  8 ulas bawang merah kecil - dimayang
*  6 - 8 ulas bawang putih - dimayang
*  3 cm halia - dimayang (kalau lebih lagi bagus)
*  2 sudu kecil halba
*  2 sudu kecil garam
*  2 sudu kecil gula

Cara-cara
1. Campur kedua-dua jenis beras, basuh dan tos. Masukkan kedalam periuk Noxxa dengan air separas beras. Masukkan 2 sudu kecil garam.
2. Tutup periuk Noxxa. Pastikan tombol pada PRESSURE. Tekan HP10 (10 minit)
3.  Sementara itu, panaskan santan bersama bawang merah, bawang putih, halia, halba, garam dan gula.  Bila dah mengelegak, rasa santan ini mengikut citarasa sendiri. Seeloknya biar terasa masin manis lebih sedikit.
4. Apabila periuk noxxa berbunyi BIBBIB, keluar wap dengan memusingkan tombol atas tudung ke STEAM (hati-hati semasa buat ni, saya guna sodek utk pusing tombol ni). Wap panas akan keluar sehingga habis.
5. Buka tudung periuk Noxxa, masukkan campuran santan pekat dan gaul nasi hingga rata.
6. Tutup periuk Noxxa. Pastikan tombol pada PRESSURE. Tekan STEAM5 (5 minit), Periuk akan berbunyi BIBBIB sepanjang proses STEAM ini.
7. Bila masa tamat, bunyi beep-beep berhenti. Putar tombol kepada kedudukan STEAM untuk keluarkan wap panas.
8. Buka tudung periuk Noxxa. Nasi dagang siap dan sedia dimakan bersama lauk masak gulai ikan tongkol dan acar timun. Boleh tambah sambal lada dan sambal kelapa.

Nasi Dagang ni sedap, lembut dan rasa lemak manis masin.
CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN
Selamat mencuba.



#bawangjer
#periukajaib
#nakperiuknoxxa

Dapatkan segera periuk ajaib, 
call atau wasap Kak Yuz 0164111054

RAKANIAGA DIPERLUKAN

No comments:

Post a Comment