addThis

Monday, June 24, 2019

BUBUR ASYURA NOXXA

Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
1 cawan gula pasir
2 ketul gula kabung

Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
2 helai daun pandan

Persediaan awal bahan-bahan:

1. Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan. Setelah larut, masukkan gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.

2. Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.

3.  Setongkol jagung – diambil isinya

4. Pisang emas dipotong dadu.

5. Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat,
dan kacang merah kecil dibasuh dan diketepikan.

7. Bahan A disatukan dan digaul rata.
Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang halus dan tidak berketul)

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:

1. Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam inner pot. Tuang 4 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.

2. Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan `OFF’.

3. Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama jagung krim, isi jagung, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan butang `OFF’.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.

SELAMAT MENCUBA 😊
Credit to EMD Yusnita (G2 Centre, Bangi Avenue)

#periukajaib
 #nakperiuknoxxa
 Dapatkan periuk ajaib NOXXA segera, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

No comments:

Post a Comment