addThis

Sunday, June 30, 2019

ADUNAN ROTI

Bahan-bahan

  • 1 cawan air sejuk dar petiais
  • 1 biji telur
  • 1 sudu garam
  • 4 sudu besar gula  caster
  • 2 sudu besar buttercup / marjerin
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 500 gm tepung roti
  • 20 gm kfine  (@ 1 sudu kecil bread improver)
  • 11 gm yis mauripan
Cara-cara
(1) Pasang blade pengadun diletakkan dalam bekas pengadun.
(2) Masukkan semua bahan-bahan mengikut  turutan di atas ke dalam bekas adunan roti, pastikan  yis berada dia atas sekali dan tidak terkena air.
(3) Masukkan dalam bekas adunan dalam oven dan tekan BREAD hingga paparan nombor 10. Tekan START. Dalam masa satu jam 30 minit, program tamat.
(4) Keluakan doh dan buang angina dengan cara tumbuk-tumbuk permukaan roti (doh akan turun semula).
(5) Biarkan doh naik semula dalam masa lebihkuran 30 minit.
(6) Bentukkan doh mengikut kesukaan dan hias permukaan roti mengikut kreativiti sendiri.
(7) Sementara bentukkan roti, preheat oven pada suhu 180 darjah celcius. (5 minit)
(8) Bakar roti setelah disusun dalam loyang pembakar pada sushu 180 darjah celcius selama 15 minit
.
#OvenAjaibNOXXA 
Dapatkan Oven ajaib NOXXA segera,
Call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Monday, June 24, 2019

BUBUR ASYURA NOXXA

Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
1 cawan gula pasir
2 ketul gula kabung

Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
2 helai daun pandan

Persediaan awal bahan-bahan:

1. Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan. Setelah larut, masukkan gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.

2. Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.

3.  Setongkol jagung – diambil isinya

4. Pisang emas dipotong dadu.

5. Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat,
dan kacang merah kecil dibasuh dan diketepikan.

7. Bahan A disatukan dan digaul rata.
Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang halus dan tidak berketul)

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:

1. Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam inner pot. Tuang 4 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.

2. Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan `OFF’.

3. Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama jagung krim, isi jagung, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan butang `OFF’.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.

SELAMAT MENCUBA 😊
Credit to EMD Yusnita (G2 Centre, Bangi Avenue)

#periukajaib
 #nakperiuknoxxa
 Dapatkan periuk ajaib NOXXA segera, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.