Bahan-bahan
DOH DONUT
· 1 cawan susu, panaskan hingga 110 degrees
· 2-1/4 teaspoon of Active Dry Yeast
· 2 biji telur
· 1/4 cawan of Unsalted Butter, mentega dilembutkan pada suhu bilik.
· 2 teaspoon of Vanilla Extract
· 1/4 cawan of gula
· Sedikit garam
· 4 cawan tepung gandum All Purpose Flour
· Minyak masak (minyak sayur-sayuran)
· Nutella
· Nutella
· Gula halus @ icing untuk hiasan
Cara-cara
1) Taburkan yis dan satu sudu teh gula ke atas susu panas, kacau lembut dan diketepikan untuk mengaktifkannya.
2) Masukkan telur, mentega, vanilla, gula, garam dan tepung ke dalam mangkuk acuan breadmaker.
3) Sebaik sahaja yis siap, tambah ke dalam campuran tepung.
4) Masukkan mangkuk acuan breadmaker ke dalam oven dan tekan BREAD 10. Tunggu hingga habis mengguli.
5) Keluarkan doh dari oven dan acuan. Tumbuk-tumbuk doh untuk buangkan angin dari doh
6) Ratakan doh pada ketebalan 1/2 inci. Gunakan penekap bulat untuk menghasilkan donut. Susun di atas dulang yang telah ditabur tepung.
7) Tutup dengan kain dan letakkan doh di tempat hangat untuk kembang selama kira-kira satu setengah jam.
8) Panaskan sedikit minyak masak@sayur-sayuran dalam kuali besar (isi minyak hingga separuh kuali) hingga 350 darjah, goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah, kemudian toskan donut pada tuala kertas.
9) Tebuk sedikit tengah-tengah donut menggunakan pisau untuk masukkan Nutella.
10) Golek-golekkan donut dalam gula halus (gula icing).
11) Akhirnya paipkan nutella menggunakan beg paip melalui lubang yang dibuat.
Dapatkan segera >> Multipurpose Oven Breadmaker
Berbaloi-baloi Oven serbaguna ni.
call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054
No comments:
Post a Comment