addThis

Thursday, October 25, 2018

ROTI BANGGALI / LOAF

Bahan-bahan
  •       280 gm air sejuk
  •       1 biji kuning telur
  •       10 gm garam
  •       40 gm gula pasir
  •       25 gm susu tepong
  •       50 gm marjerin
  •       500 gm tepong high protein/tepong roti
  •       6 gm yis
  •       5 gm bread improver @  (10 gm super cream pelembut roti KFCF)
Cara-cara
(1)    Masukkan semua bahan-bahan mengikut susunan ke dalam acuan breadmaker.
(2)    Masukkan ke dalam oven NOXXA BREADMAKER, Tekan BREAD 4 kali. Tekan ON.
(3)    Setelah tamat menguli, menaikkan dan membakar roti  (2 jam), keluarkan roti dari oven.
(4)    Sejukkan roti. Sedia untuk dimakan.



 #ovenajaib
 #nakovenajaibnoxxa
 Dapatkan oven 3-in-1 ajaib NOXXA segera, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Friday, October 5, 2018

BOMBOLONI NUTELLA


Bahan-bahan

DOH DONUT
·                  1 cawan susu, panaskan hingga 110 degrees
·                  2-1/4 teaspoon of Active Dry Yeast
·                  biji telur 
·                  1/4 cawan of Unsalted Butter, mentega dilembutkan pada suhu bilik.
·                  teaspoon of Vanilla Extract
·                  1/4 cawan of gula
·                  Sedikit garam
·                  cawan tepung gandum All Purpose Flour
·                  Minyak masak (minyak sayur-sayuran)
 ·                  Nutella
·            Gula halus @ icing untuk hiasan
Cara-cara
1)     Taburkan yis dan satu sudu teh gula ke atas susu panas, kacau lembut dan diketepikan untuk mengaktifkannya.

2)     Masukkan telur, mentega, vanilla, gula, garam dan tepung ke dalam mangkuk acuan breadmaker.

3)     Sebaik sahaja yis siap, tambah ke dalam campuran tepung.

4)     Masukkan mangkuk acuan breadmaker ke dalam oven dan  tekan BREAD 10. Tunggu hingga habis mengguli.

5)     Keluarkan doh dari oven dan acuan. Tumbuk-tumbuk doh untuk buangkan angin dari doh

6)     Ratakan doh pada ketebalan 1/2 inci. Gunakan penekap bulat untuk menghasilkan donut. Susun di atas dulang yang telah ditabur tepung.

7)     Tutup dengan kain dan letakkan doh di tempat hangat untuk kembang selama kira-kira satu setengah jam.

8)     Panaskan sedikit minyak masak@sayur-sayuran dalam kuali besar (isi minyak hingga separuh kuali) hingga 350 darjah, goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah, kemudian toskan donut pada tuala kertas.

9)     Tebuk sedikit tengah-tengah donut menggunakan pisau untuk masukkan Nutella.

10)   Golek-golekkan donut dalam gula halus (gula icing).

11)   Akhirnya paipkan nutella menggunakan beg paip melalui lubang yang dibuat.


Dapatkan segera >>  Multipurpose Oven Breadmaker
Berbaloi-baloi Oven serbaguna ni.
call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054



COFFEE CREAM DONUTS


Bahan-bahan


DOH DONUT
•       130g susu
•       1 telur sederhana
•       20g gula
•       1/4 teaspoon (sudu kecil) garam
•       20g susu tepung
•       30g mentega
•       300g tepung roti @ bread flour
•       7g yis mauripan
________________________________

KRIM COFFEE
•       1 sudu besar air panas
•       1 sudu kecil serbuk koko
•       3 teaspoon kopi segera
•       200g krim putar
•       30g gula halus

Cara-cara
1.      Campur semua bahan untuk doh dalam mangkok acuan breadmaker mengikut susunan list bahan-bahan.
2.      Masukkan mangkok acuan breadmaker ke dalam oven dan  tekan BREAD 10. Tunggu hingga habis mengguli.
3.      Keluarkan doh dari oven dan mangkok acuan. Tumbuk-tumbuk doh untuk buangkan angin dari doh
4.      Ratakan doh pada ketebalan 1/2 inci. Gunakan penekap bulat untuk menghasilkan donut.
5.      Susun adunan donut di atas dulang yang telah ditabur tepung. Tutup dan biarkan ia kembang 2 kali ganda.
6.      Sementara tunggu donut kembang. Putarkan krim dan gula hingga kental
7.      Campurkan air panas, serbuk kopi segera dan serbuk koko.
8.      Aduk rata campuran kopi dan krim putar bersama.
9.      Tuangkan campuran krim kopi ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti penyejuk.
10.    Goreng donut pada suhu serhana rendah.
11.    Sadurkan donat dengan gula halus.
12.    Paipkan krim kopi ke dalam donut.


#nakjoinkelasmeroti
#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa
#nakbreadmaker

 Dapatkan info kelas meROTI di Bangi, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Dapatkan Oven Breadmaker.  Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor.

Dapatkan segera >>  Multipurpose Oven Breadmaker
Berbaloi-baloi Oven serbaguna ni.

call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054