addThis

Thursday, August 16, 2018

ROTI KENTANG SEDAP

Bahan-bahan

135 ml air sejuk dari peti ais
1 biji telur - kurang lebih 30 gram
50 gram gula kaster
1 sudu kecil garam
3@4 sudu besar susu tepung
300 gram tepung roti / high protein flour
60 gram ubi kentang yg telah dilecek - rebus dulu (potato starch)
30 gram mentega
11 gm yis
15 gm pelembut roti KFCF

Cara-cara
(1)   Satukan semua bahan bahan mengikut susunan bahan-bahan dalam acuan breadmaker.
(2)   Masukkn acuan kedalam breadmaker. Tekan BREAD 10.
(3)   Setelah doh roti naik (masa di oven menunjukkan 0), Keluarkan doh roti dari oven dan acuan. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara di dalamnya.
(4)   Lapkan tangan dengan sedikit minyak. Bulat bulatkan menjadi bebola saiz 50-60 gram.
(5)   Susun ke dalam loyang breadmaker yang telah digris. 
(6)   Bakar dalam Oven Breadmaker pada suhu 180 dan 15 minit.


#periukajaib
#nakperiuknoxxa
#nakperiuknoxxa
#nakbreadmaker

 Dapatkan info kelas meROTI di Bangi, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Dapatkan Oven Breadmaker.  Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor

Dapatkan Oven ajaib NOXXA segera, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.
Dapatkan Oven ajaib NOXXA segera, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.



SIAKAP KUKUS EXPRESS

Bahan-bahan
·      1 ekor ikan siakap (kerat 2 jika terlalu besar)
·      Secukup rasa garam.
·      1 kiub pati ayam
·      1 cawan jus limau nipis
·      4 ulas bawang putih dimayang
·      1 ulas bawang merah besar atau bawang Holland dimayang
·      4 biji cili padi dihiris
·      2 inci halia dimayang
·      2 batang serai diketuk atau dihiris
·      1 sudu besar gula

Cara-cara
(1)  Basuh ikan, kelar dan sapukan garam, kiub pati ayam yang telah dicampur sedikit jus limau dan air.
(2)  Masukkan ikan siakap kedalam periuk HP Noxxa,
(3)  Taburkan ke atas ikan hirisan bawang putih, bawang merah, cili padi, halia, serai dan gula. Siram lepihan air limau.
(4)  Tutup periuk, tekan HP 3.
(5)  Setelah masak, keluarkan ikan dari inner periuk HP dan masukkan kedalam pinggan hidang. Sedia dimakan bersama nasi putih.

CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN


#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa


Dapatkan segera periuk ajaib NOXXA.
Call/SMS/ wasap Kak Yuz 016 411 1054.  
Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor

ROTI SEBUKU

Bahan-bahan
·      300 ml air
·      2 sudu besar gula kaster
·      1 susu kecil garam
·      3 sudu besar margerin
·      2 sudu besar susu pekat
·      2 sudu besar susu tepung
·      300 gm tepung roti (high protein)
·      200 gm tepung gandum
·      1 peket yis (11 gm)
·      15 gm super cream (pelembut roti KFCF)

Cara-cara
(1)    Masukkan semua bahan-bahan mengikut susunan ke dalam acuan breadmaker.
(2)    Masukkan ke dalam oven, Tekan BREAD 4 kali
(3)    Setelah tamat waktu menguli, menaik dan membakar roti (2 jam), keluarkan roti dari oven
(4)    Sejukkan roti. Hiris-hiris roti untuk di buat sandwich atau makan begitu sahaja.



#nakjoinkelasmeroti
#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa
#nakbreadmaker

 Dapatkan info kelas meROTI di Bangi, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Dapatkan Oven Breadmaker.  Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor

ASAS BUN GEBU

Bahan-bahan
·            280 ml air
·            4 sudu besar gula kaster
·            1 biji telur
·            1 susu kecil garam
·            400 gm tepung roti (high protein)
·            200 gm tepung gandum
·            80 gm margerin
·            1 peket yis (11 gm)
·            15 gm super cream (pelembut roti KFCF)

Cara-cara
(1)    Masukkan semua bahan-bahan mengikut susunan ke dalam acuan breadmaker.
(2)    Masukkan ke dalam oven, Tekan BREAD 10 kali
(3)    Setelah tamat waktu menguli dan menaikkan roti  (1 jam 30 minit), keluarkan roti dari oven
(4)    Tumbuk-tumbuk adunan roti untuk keluarkan udara.
(5)    Bulat-bulatkan doh kecil-kecil bersaiz 50gm.
(5)    Uli-uli dan bentukan kepada roti yang ingin dibuat. (Sertai kelas kami untuk belajar buat pelbagai jenis roti menggunakan asan bun ini.)
(6)    Bakar dalam BM pada suhu 160C selama 20 minit.



#nakjoinkelasmeroti
#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa
#nakbreadmaker

 Dapatkan info kelas meROTI di Bangi, call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Nak Oven Breadmaker ? wasap kak Yuz

Wednesday, August 15, 2018

MEE HAILAM

Bahan-bahan
·            Mee kuning (noodle maker) - Lihat resepi Mee Sihat
·            4 ulas bawang Putih (tumbuk)
·            2 sudu minyak masak
·            Ayam/daging/ udang
·            6 sudu sos tiram
·            1 liter air
·            2 fish cake ( ikut suka, saya suka letak sebungkus)
·            Kicap manis( bg nampak warna kuah gelap )
·            Keropok lekor (hiris) kalau x de keropok kering kembang tu pun boleh.
·            2 sudu lada Hitam ( tumbuk pecah2 aje)

Cara-cara.
(1) Tekan stir fry pada periuk NOXXA. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, sedikit air, sos tiram, kicap, lada hitam.
(2)  Stop stir fry, masukkan daging, HP 15 nak lembutkan daging.
(3)  Kalau guna ayam atau udang, tak perlu HP. Teruskan stir fry hingga mendidih dan air letakkan semua, fish cake. lepas tu baru masukkan sawi , garam secukup rasa.
(4)  Nak pekatkan kuah masukkan sesikit tepung jagung.
(5)  Sedap dimakan bersama cili jeruk


#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa
Dapatkan periuk ajaib NOXXA, secara pos atau hand delivery
Call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bandar Baru Bangi, Selangor

Thursday, August 2, 2018

NASI DAGING & AIR ASAM

Bahan-bahan:
250 gm daging (potong ikut saiz yang disukai)
1 inci halia untuk direbus bersama  daging bagi melembutkan daging
2 sudu sedang garam
6 cawan air

Cara-cara buat air rebusan daging.
Daging, garam, hirisan halia dan air dimasukkan dalam inner pot Noxxa PC.
Tutup periuk, letakkan tombol pada PRESSURE.
ON kan plug eletrik.
Guna fungsi SOUP dan cepat-cepat tekan + atau - untuk dapatkan penunjukkan masa 0.20 minit. (ini menjadikan PC di setkan pada 0.20 untuk digunakan dimasa hadapan)
2 saat kemudian penunjuk masa bertukar kepada ON.
Biarkan periuk masak daging hingga tamat.
Setelah penunjukkan masa menunjukkan 0.00. Tukarkan tombol kepada STEAM untuk keluarkan wap. sila hati-hati.
Keluarkan daging dan air e dalam bekas lain. Sejukkan periuk untuk memasak nasi daging.

Bahan-bahan:
6 cawan rebusan daging atau secukupnya (1 cawan beras guna 1 cawan cecair)
1 cawan susu cair
7 cawan beras (boleh guna beras basmathi kalau suka) -basuh dan tos
1 helai daun pandan
1 biji tomato - potong dadu kecil
Garam
Gula
Daun ketumbar (jika suka)

Bahan tumis:
2 sudu besar minyak masak atau minyak sapi
2 sudu besar rempah nasi daging ATAU  rempah kurma ADABI - campurkan sedikit air .
1 bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - hiris

Cara-cara:
(1) Panaskan minyak dengan fungsi STIRFRY.
(2) Tumiskan bawang besar, bawang putih, tomato dan rempah kurma@ nasi daging hingga naik bau wangi
(3) Masukkan beras yang dibasuh dan tos, gaul-gaul sekejap.
(3) Masukkan air rebusan daging dan susu cair, (TIPS: jumlah cecair = jumlah beras sebelum dibasuh)
(4) Masukkan daging yang telah direbus tadi,  daun pandan, gula dan garam (jika perlu)
(5) Masakkan nasi dengan RICE yang telah disetkan kepada masa 0.07. Pastikan tombol pada PRESSURE.
(6) Setelah nasi masak, keluarkan wap (letakkan tombol pada STEAM).
(7) Taburkan daun ketumbar, jika suka
(8) Hidang bersama air asam.


** bagi yang baru pertama kali guna periuk. cara set RICE kepada 7 minit ialah:
     ON  periuk. Tekan RICE. Cepat-cepat tekan tanda (-- atau +) hingga penunjuk masa jadi 0.07)


Resepi air asam.

Bahan A: Kisar

Asam jawa
Cili padi
Buah tomato
Belacan - jika suka
Kerisik
Gula
Garam

Bahan B : potong dadu

Buah tomato
Bawang besar
Cili padi - hiris

Cara-cara:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan sesuaikan rasa garam gula dsb.



#membawang
#periukajaib
#nakperiuknoxxa

Dapatkan segera periuk ajaib , call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054.

Dapatkan Periuk HP Noxxa.  Penghantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor