addThis

Saturday, June 30, 2018

HOMEMADE WHOLEMEAL BREAD GEBU-GEBAS



Bahan-bahan
*  240 ml air
*  1 biji telur
*  1 sudu teh garam
*  3 sudu besar gula kaster
*  3 sudu besar susu tepung
*  75 gm butter atau margerin
*  200 gm tepung wholemeal
*  300 gm tepung high protien atau tepung roti
*  1 paket yis mauripan (11 gm)
*  15 gm krim K-Fine (atau ganti dengan 1/4 sudu teh bread softner dan 1 sudu besar bread improver) 

Cara-Cara
(1) Masukkan bahan-bahan mengikut urutan senarai di atas ke dalam acuan bread maker Noxxa. Air tidak boleh bersentuhan dengan yis sebelum proses menguli.
(2) Masukkan acuan ke dalam oven 3in1 bread maker Noxxa. Tekan BREAD 4 kali (angka 4 tertera di screen oven). tekan ON. (Proses menguli, menaikkan roti dan memasak roti berjalan dengan sendiri di dalam Oven Noxxa)
(3) Setelah tamat masak, oven akan berbinyi (2 jam). Roti siap dimasak dan sedia dimakan


CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN
Selamat mencuba.



#bawangjer
#periukajaib
#nakoven3in1noxxa

Dapatkan segera >>  Multipurpose Oven

Berbaloi-baloi Oven serbaguna ni.
call atau wasap Kak Yuz 016 - 411 1054




GULAI IKAN TONGKOL NASI DAGANG


 Bahan-bahan
*         4 kilo ikan tongkol (dikukus dan rendam semalaman)
*    1 kg santan pekat
*    6 kerek gula nisang
*    1 sudu kecil halba, 
*    4 kpg asam keping 
*    sedikit serbuk perasa
*        Bawang merah 20 ulas**
*        Bawang putih 3 biji**
*        Lengkuas seinci**
*        Kunyit seinci**
*        Halia 1/2 inci**
*        Kerisik satu sudu besar**
*        Belacan seinci (square)**
*        Cili bo (cili kering) 4 senduk besar**
*        Rempah Gulai cap bunga ros 50 gram**


Cara-cara
(1)     Blend semua bahan * sehingga betul2 lumat
(2)     Kalau tak merah bolehlah ditambah cili bo lagi
(3)     Masukkan minyak dua senduk dan tumiskan bahan-bahan blend sehingga betul-batul garing dan ketepikan.
(4)     Dalam periuk lain, masak santan pekat sekilo setengah sehingga naik naik minyak
(5)     Kemudian masukkan rempah yang ditumis garing tadi dan kacau
(6)     Masukkan air ikutkan kepekatan yg diinginkan dan masukkan jugak air rebusan ikan kukus.
(7)     Masukkan nisang kecik 6 kerek, 1 sudu kecil halba, asam keping 4, serbuk perasa
(8)     Jika kurang manis lagi, bolehlah ditambah gula
(9)     Masak atas dapur sampai mendidih lama dan tutup api
(10) Masukkan ikan tongkol kukus. Seeloknya, lauk ikan ditinggalkan semalaman.
(11) Esok keluarkan ikan, panaskan kuah dan adjust balik rasa kuah sbb kemungkinan perlu ditambah garam dan gula -- ikut selera
(12) Taburkan cili padi.

Nota

Kalau tak jumpa rempah cap bunga ros, boleh buat rempah sendiri ataupun kalau ada rempah bunga ros pun boleh ditambah sedikit rempah sendiri ni bagi lagi kick!!!

Cara-cara buat rempah kuah nasi dagang
Biji ketumbar  +  Kulit kayu manis   + Jintan manis
Semuanya disangai di dalam kuali dan dimesin halus sehingga jadi serbuk

Nisbah rempah:
1 sukatan biji ketumbar: 1/2 sukatan jintan  manis
4 batang kulit kayu manis

Make sure hasil campuran rempah ni jadi 50 gram  


Gulai Ikan Tongkol punya rasa tersendiri dan tak sama kari ikan.
CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN
Selamat mencuba.



#bawangjer
#periukajaib
#nakperiuknoxxa

Untuk dapatkan periuk ajaib NOXXA.
call atau wasap Kak Yuz 0164111054

RAKANIAGA DIPERLUKAN

NASI DAGANG KELANTAN EXPRESS 15 MINIT

Nasi Dagang Kelantan (20 minit)


Nasi Dagang Kelantan













Bahan-bahan

*  8 cawan Beras Nasi dagang Kelantan
*  2 cawan Beras wangi
*  Air
*  2 sudu kecil garam untuk masak nasi
*  2 cawan santan pekat
*  8 ulas bawang merah kecil - dimayang
*  6 - 8 ulas bawang putih - dimayang
*  3 cm halia - dimayang (kalau lebih lagi bagus)
*  2 sudu kecil halba
*  2 sudu kecil garam
*  2 sudu kecil gula

Cara-cara
1. Campur kedua-dua jenis beras, basuh dan tos. Masukkan kedalam periuk Noxxa dengan air separas beras. Masukkan 2 sudu kecil garam.
2. Tutup periuk Noxxa. Pastikan tombol pada PRESSURE. Tekan HP10 (10 minit)
3.  Sementara itu, panaskan santan bersama bawang merah, bawang putih, halia, halba, garam dan gula.  Bila dah mengelegak, rasa santan ini mengikut citarasa sendiri. Seeloknya biar terasa masin manis lebih sedikit.
4. Apabila periuk noxxa berbunyi BIBBIB, keluar wap dengan memusingkan tombol atas tudung ke STEAM (hati-hati semasa buat ni, saya guna sodek utk pusing tombol ni). Wap panas akan keluar sehingga habis.
5. Buka tudung periuk Noxxa, masukkan campuran santan pekat dan gaul nasi hingga rata.
6. Tutup periuk Noxxa. Pastikan tombol pada PRESSURE. Tekan STEAM5 (5 minit), Periuk akan berbunyi BIBBIB sepanjang proses STEAM ini.
7. Bila masa tamat, bunyi beep-beep berhenti. Putar tombol kepada kedudukan STEAM untuk keluarkan wap panas.
8. Buka tudung periuk Noxxa. Nasi dagang siap dan sedia dimakan bersama lauk masak gulai ikan tongkol dan acar timun. Boleh tambah sambal lada dan sambal kelapa.

Nasi Dagang ni sedap, lembut dan rasa lemak manis masin.
CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN
Selamat mencuba.



#bawangjer
#periukajaib
#nakperiuknoxxa

Dapatkan segera periuk ajaib, 
call atau wasap Kak Yuz 0164111054

RAKANIAGA DIPERLUKAN

SUP TULANG SIMPLE

SUP TULANG SIMPLE - MELTED IN THE MOUTH
Gambar hiasan sahaja














Bahan-bahan

* Air (ikut keperluan sendiri)
* Tulang lembu 1 kg - 2 kg
* 1 Kiub Lembu (Maggi @ Knor) -optional
* 3 sudu kecil garam
* 1 @ 2 paket sup bunjut sup tulang yang tersedia dengan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala dll. (Mak Siti@ Adabi)
* 3 biji bawang merah dimayang
* 3-5 ulas bawang putih  dimayang
* halia  sebesar ibujari dimayang
* cili padi hijau dan merah - dihiris nipis
* Daun bawang dan daun sup - dihiris nipis
* Bawang goreng (jika suka)

Cara-cara
1. Tulang lembu dibersihkan dan dimasukkan dalam periuk Noxxa bersama air.
2. Masukkan kiub lembu. garam dan sup bunjut (tanpa rempahnya).
3. Tutup periuk. Pastikan tombol periuk berada pada 'PRESSURE'.
4. Tekan SOUP dan set 30 minit (tekan + atau -). Periuk akan auto ON.
5. Periuk Noxxa akan ambil masa 5 minit sebelum nombor berkurangan.
6. Sementara itu, dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah (dari paket sup bunjut) hingga naik bau. Tutup api dapur.
7. Apabila periuk noxxa berbunyi BIBBIB, keluar wap dengan memusingkan tombol atas tudung ke STEAM (hati-hati semasa buat ni, saya guna sodek utk pusing tombol ni). Wap panas akan keluar sehingga habis.
8. Buka tudung periuk Noxxa, masukkan tumisan. Cukupkan rasa. Jika kurang masin, tambah garam. Jika terlebih masin tambah sedikit gula.
9. Hidang sup tulang. Taburkan hirisan cili padi, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Daging pada tulang sangat lembut dan sedap. Sup terasa air tulang.
CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN
Selamat mencuba.



#bawangjer
#periukajaib
#nakperiuknoxxa


Dapatkan segera periuk ajaib, 
call atau wasap Kak Yuz 0164111054

Dapatkan Periuk HP Noxxa.  Hantaran ke seluruh Malaysia dari Bangi, Selangor

RAKANIAGA DIPERLUKAN